wadah cloth diaper

Posted from my BlackBerry Bold5

Cd ni bukan cd dari oversea tp made with love dari WAHM Malaysia, Brand: MadeByTyne.
Cd ni terdiri dr 1 cover dengan snap button. Dan ada 1 contoured soaker. 3 layer bamboofleece.
Sesuai utk dipakai pada siang hari dan kalau nak tambah mana2 soaker pun blh. Saya baru cuba cd ni dengan contoured soaker yg diberikan. Next time nak cuma cover dia dgn fitted cd.
Cd ni saya snapkan pada 2nd last button dia. So, agak2 saya la, blh pakai sampai ary umur 3-4 bulan. sbb masih ada ruang2 lagi bila dipakai.
For improvement, pasni tini blh cuba buat double row button, so akan nampak lebih kemas bila dipakai.or maybe blh letak leg gusset utk elak leaking..

Pilihan print mmg sgt byk. Masa beli pun agak rambang mata nak memilihnya. Rasanya cd ni masih ada stok lagi dengan seller. Sape2 yg tgh pregnant tu, blh consider beli cd ni utk ur nb baby.

Berat ary? 3.8 kg masa pakai cd ni..so kalau baby yang lahir kurg dr berat ary ni..mmg sesuai sgt.. Or u can go for nb cd rental. Ask me, saya akan berikan contact number my fren yg buat nb cd rental.

Posted from my BlackBerry Bold5

Seawal bila boleh guna cd pada nb? Sejurus selepas lahir pun blh..

Jumlah CD yang digunakan sehari ialah 6 ke 8 CD. Jumlah ini hanya sebagai anggaran, bayi yang berbeza akan menggunakan jumlah yang berbeza bergantung kepada kerajinan ibunya menukar CD.kan? Perlu diingatkan yang nb baby ni dia kerap pee n poo. Kdg2 setiap penyusuan atau tgh sedap2 nyusu pun dia blh pruuttt! Dah kena tukar lampin. Bayangkan kalau guna dd, lampin x basah pun lagi baby dah selamat poo kan dd tu. At least kalo guna cd/ lampin kain tradisonal ni, just basuh je.
Dan blh digunakan semula.

Guna linert: terbaeekkk!! Guna liner ataupun pelapik. Terpulang la nak guna liner yang washable atau liner yang pakai buang. Seeloknya kalau nak beli liner yang pakai buang ni, beli yang biodegradable. Ada juga orang guna yg jenis pakai buang tapi let say baby x poo, pee sahaja, liner tu boleh dicuci dan diguna balik. Bila poo je baru buang liner tu. Sebab liner jenis yang biodegradable ni, bila dicuci dia (saya guna mesin basuh), liner tu dah hilang bentuk, keronyok semacam je. Pendek kata dah x seswai nak pakai balik. Kalau nak guna washable liner pun blh. Biasa washable liner ni buat pakai material fleece, microfleece ataupun suede cloth-kelebihannya: boleh diguna semula, stay dry juga, poo senang di bersihkan. Kita guna liner semasa nb ni (amat digalakkan) sebaby dalam pantang, tenaga kita masih terhad, x larat lagi nak menyental sana sini, jadi, bila baby poo, poo akan terkena pada liner, so pada inner tu stain dia x kuat sgt. Boleh terus campak cd tu dlm wm untuk cuci. Liner tu just buang je (kalau guna jenis pakai buang). X susah kan?

Flat dan Prefold:Ada juga mommy yang guna flat atau prefold dahulu semasa baby masih kecil. Sebabya, kalo guna flat ni, mudah dicuci dan cepat keringnya.kalau guna flat, samada lipat mcm mak2 kita lipat lampin atau just lipat 4 segi je dan letak atas diaper cover. Kalau guna pf pun sama, just lipat 3 atau lipat dgn pelbagai lipatan, cthnya angle wing, bikini twist, newspaper fold dan byk lagi.dalam youtube byk tunjuk tutorial dia.
Byk2 pengalaman saya baca, mmg ramai la yang guna flat dulu masa awal2 baby lahir berdasarkan faktor kekerapan baby poo dalam sehari.

Diaper cover: bila guna flat atau pf ataupun fitted cd, geng2 ni x waterproof, jadi digalakkan guna diaper cover. Os ada, nb size pun ada. Atau guna getah yang mak2 dulu guna. Ala, yg jenis ikat tu.

Jaga tali pusat: tips seterusnya utk bercd pada nb ni kita kena jaga jugak area tali pusat. Atau mula bercd semasa tali pusat dah luruh/tanggal. Kalau nak bercd semasa tali pusat masih lekat lagi kan, ada beberapa opsyen brand cloth diaper yg ada lekukan utk menghalang cd dr terkena tali pusat. Dia seakan2 melengkung kat depan, biasanya cd maker dia gunakan snap button utk bentukkan lekukan itu.

Guna jenis velcro: disarankan menggunakan cd yang ada hook n loop/ velcro. Button x boleh ke? Bukan x blh tp bergantung pada preference individu la. Kalau velcro ni senang nak lekatkan. Nak guna button pun xde masalah.

Cutting os atau nb: tentang cutting cd, saya cadangkan kalau mommy yg jenis cerewet, blh beli a few pcs cd yang saiz nb. Sbb kalo nb size ni, dia mmg ngam2 dan cantik terletak bila dipakaikan pada nb. Kalau jenis one size pun blh tp utk baby org malaysia ni, biasanye kecik2 kan, guna os walaupun setting size s pun masih ada gap dekat peha. Yg ni boleh sebabkan leaking tp ada cara mengatasinya, elakkan baby tido mengiring. Atau boleh cari cd yang os tapi cari yang jenis cuttingnya kecik.

Kerapkan tukar: haa, yg ni memang xleh dielakkan, x kira guna dd atau cd, kekerapan tukar cd perlu dititikberatkan. Setiap kali baby poo, mesti tukar. Jgn diperam poo tu atas alasan, baru je tukar..kesian kulit anak tu..bayangkan kalo kita ditempat dia.. So setiap kali nampak baby merengek tu bukan sebab dia lapar pun, cek lampin dia..basah kot..

Nak senang guna snappi: snappi? Dia ni ala2 pin moden. Ni utk mommy yg guna flat atau prefold. Kalau takut baby tercucuk pin atau sesetengah first time mom, (saya yang dah anak 4 ni pun takut gak) takut perut anak tercucuk pin, gunakan snappi. Easier is better..haha..

Sistem2 yang ada utk cd yang sesuai untuk NB: semua sistem ada.(Sekadar menyebut beberapa brand) org baru bersalin, igtan x kuat sgt.

Pocket: sunbaby, happybum nb, rumpaarooz,lil joey
Ai2: grovia,MBT,mylovelycloset,itti bitti size s
Aio: simplex nb,
Fitted: thirsties size 1, eli monster, blueberry nb, luvely cd, gbw
Diaper cover : bamboolite fleece cover, capri size 1, weehuggers size 1, thirsties duo wrap size 1,

Dan nb size cd ni blh custom made dgn mana2 cd maker..

Nnti igt saya tambah lagi..

Posted from my BlackBerry Bold5

Cd yg saya buat review kali ini adalah handmade dr WAHM. MadeByTyne (MBT) One Size Extended Tab Prefold (MBT OS ETP).

Outer adalah dari cotton velour. Sangat gebu dan lembut. Saya juga ada cloth wipes dari cotton velour. Lembut teramat. Layers utk serapan basahan etp ni terdiri dr cotton velour, dan 2 layer bamboo fleece. Tyne, correct me if I wrong.

Biasanya etp ada saiz2 tertentu tapi yg produk MBT ni, tyne buatkan dia OS. Very brilliant idea mommy! Yg saya setting ni adalah saiz paling kecik. Setting size cd ni bukan guna button tapi guna stopper yg mcm dlm gambar.. Just setting ikut saiz yg sesuai. Ary pakai ni adalah yg saya set ikut saiz Ary..

Ngam2 bila dipakaikan pada Ary, dan perlu igt, etp ni bukan waterproof, jadi perlu pakai dengan diaper cover ye.. Tapi setakat nb yg kerap pee n poo.. Kalau x pakai diaper cover pun ok. Belum sempat leaking, baby dah poo dulu..

Mana nak dptkan this gojes cloth diaper as a part of ur collection for ur nb? Ask me..

Posted from my BlackBerry Bold5

Selamat pagi Malaysia!!!!
Hari ni nak citer psl cd nb yg lain pulak. Saya dah test yg simplex newborn. Haa.. Simplex pun ada yg newborn size jugak.

Simplex nb yg cenonet ni lebih kurang saiz DD jenama Mamypoko saiz s. Lebih kurang la.

Cd simplex newborn ni adalah all in one diaper. Walaupun aio, kita boleh setting absorbency dia dgn stuff in booster dalam poket yg disediakan.

Feature: outer layer cd ni adalah waterproof. Byk corak2 yang menarik. Pastu utk serap basahan, dia guna material bird eye cotton. Bec ni mmg best la. serapan dia mmg terbaeeekkk!! Saya sendiri ada gunakan flat diaper dr bec.

Berbalik pada simplex newborn ni, dia mmg aio tapi dia ada poket kat kedua2 hujung cd ni.. Tujuannya supaya kita dapat tambahkan booster utk lebih serapan, tapi bagi saya, utk newborn ni, x tambah pun xpe. Soaker dia dijahit pada pocket opening dan kalau masa nak basuh tu boleh tarik keluar. Jadi, cepat sikit keringnya.

Kalau yg masih mencari cd nb ni, saya suggestkan cuba yg ni sekeping dua pun jadi la. Worth for money.. Utk yg sukakan sized cd dan ✗ nak baby nampak too bulky bila pakai.

Nak tau seller yg jual cd nb ni di malaysia. Comment kat bawah dan saya akan bgtau..

Maklumat lanjut: http://www.swaddlebees.com/Products/All-in-One-Diapers/Newborn_Simplex

Posted from my BlackBerry Bold5

Yang ni pula adalah diaper cover bersaiz NB.
Ary pakai dgn fitted cd.
Brand: Bright Star
Feature: PUL diaper cover, ada leakguard, saiz cinonet saje. Boleh pakai dengan fitted cd atau mana2 soaker yg sesuai.

DC ni saya beli yg preloved.
Sama sahaja dengan diaper cover yg lain cuma saiznya sahaja yang lain. Saiz yg hanya sesuai untuk nb.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Antara cd bersaiz NB yg dipakaikan pada Ary adalah cd Graham Bear Wear (GBW) bersaiz nb.
Features:
1. Outer layer: knitted cotton corak ooga booga. Cover dia ni dijahit 3 layer, knitted cotton, bamboo fleece dan bamboo velour.
2. Soaker: 3 layer juga, iaitu bamboo velour, bamboo fleece dan bamboo velour.

Jadi keseluruhannya adalah 6 layer.

Disebabkan ini cd newborn jadi dia ada feature kat depan yang melengkung untk kegunaan elak dr kena tali pusat. So far, cutting gbw nb fitted ni mmg cun dengan saiz badan Ary, berat dia 3.8kg.

X rugi invest utk cd ni.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.